Wednesday 19 December 2012

Art + Creativity = Doodling

Assalammualaikum. Jawab salam tu :)
 
Mood tak berapa okay ni sebab result PMR baru keluar petang tadi, agak mengecewakan jugaklah sebab beria-ria target nak dapat 8A tapi.......Alhamdulillah jugaklah. Lupakan sekejap pasal result tu, kita cerita pasal apa benda 'doodling' ni. Mula-mula tak tahu pun apa benda alah 'doodling' tu. Hari tu terbaca dekat Sue Anna Joe punya blog, dia buat dooling, cantik sangat. Barulah faham, rupa-rupanya jenis lukisan yang Alin memang suka tu nama dia doodling. Sejak terjumpa kat blog tulah yang rajin sangat nak melukis balik. Dah lama jugak tak melukis, daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 3 ni ha. Nak tengok sesuatu tak? nak tak?


Tadaaa....


Mula-mula try lukis macam nilah, comot sikit.
 

Percubaan kedua, yang ni adalah curik idea sikit dekat google. Sikit je tau :D
 

Dan yang nilah lukisan yang terakhir dilukis oleh 'pelukis terkenal' ni (*Perasan je). Tak ingatlah waktu umur berapa, rasanya darjah 6 ataupun tingkatan 1. Lebih kurang macam tulah.

Kalau dalam family, yang betul-betul minat melukis ni Abah, Alin dengan abang Alin yang keempat tu, Abang Idam. Maknanya, kitaorang ni ikut Abahlah, mewarisilah konon. Hehehe. Alin dengan abang share sketch book sebab takut lambat habis buku tu kalau beli sendiri-sendiri punya, macam membazir je. Nak melukis ni mesti ada mood tapi kalau ada mood, tak de idea tak guna jugakkan. Idea tu dahlah lambat datang. Tu yang terpaksa share sketch book sebab masing-masing jarang guna. Harap dah besar nanti boleh jadi orang yang agak terkenal jugaklah dengan lukisan-lukisan. Tu bukan cita-cita betul tau, cita-cita betulnya nak jadi photographer. InsyaAllah.....


XOXO: Nanti InsyaAllah Alin lukis lagi.

 

Monday 17 December 2012

Mood berangan nak pergi tempat sejuk.

Assalammualaikum.
 
Sepanjang cuti ni kalau tak keluar, mesti tengok cerita Korea je lah. Sampai mak marah sebab asyik tengok je, dah tengah malam pun tak pandai nak pergi tidur. Hikhikhik, tiba-tiba rasa rindu sangat nak tengok pulak. Memang dah lama pun tak tengok drama atau movie Korea ni, baru-baru ni ada mood nak tengok. Tengok diaorang punya pakaian comel-comel je, lebih-lebih lagi bila musim sejukkan. Geramnyehhh. Teringin jugak nak pakai macm tu tapi cuaca kat Malaysia ni mana ada sejuk. Sebab tulah beria-ria berangan nak pergi Korea waktu musim sejuk kat sana nanti tapi nampaknya memang tak bolehlah sebab Malaysia ni pun belum habis melancong lagi ni kan nak pergi luar negara. Haisshhh. Dekat sekolah siap plan dengan kawan-kawan, bila dah besar sebelum kahwin nanti nak pergi Korea sama-sama. Hahaha, agaknya dapat ke tak?. InsyaAllah lah kan.
 
 
 
 Jeng...jeng...jeng...
 
 
 Comel kan...Geram nihhhh!
 
 Cute, cute, cute..................................
 
Warna-warni, arghhh comel. Teringin betul nak pakai.
 
Memang dah lama minat baju comel-comel, warna terang-terang tapi baru sekarang ni yang terasa minat bersungguh-sungguh. Orang kata 'obses'. Haha. Memang baguskan musim sejuk sebab aurat tertutup sambil dapat pakai comel-comel ni. Hehehe. Kalau tak dapat pergi Korea pun, tempat lain yang sejuk pun ada kan ;)
 
XOXO: Geram tak? geram tak???
 
 
 

Wednesday 12 December 2012

Sakit gusi :(

Assalammualaikum.
 
Dah pukul 10 lebih dah ni, malas nak tidur awal. Hehehe. Sakitnya gusi ni :( Dah 3 hari bengkak. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab asyik minum air sejuk dengan makan ais agaknya. Nak pergi klinik malas pulak. Haishh...
 
Sakitnya :'(

Friday 7 December 2012

Mustache Jewelery

Assalammualaikum...
 
Pernah dengar tak pasal mustache jewelery?. Alah, barang-barang kemas yang bentuk misai tu. Mustache jewelery dah jadi trend sekarang, agak famouslah. Comel sangat-sangat. Siapa kata perempuan tak boleh ada misai? Hahaha. Ada orang dah jadi obses dengan mustache jewelery ni. Faham-faham jelah siapa orang tu kan -_- Hehehe. Rantai ada, earings pun ada, macam-macam lagilah. Nak sangat beli tapi tak tahu nak beli kat mana. Setakat ni tak pernah jumpa lagi, kalau dah jumpa memang tersengih sorang-soranglah agaknya. Hohoho. Dekat online shop memanglah banyak tapi lecehlah, baik beli terus macam biasa je kan. Banyak jenis ada kat dalam online shop, yang pearlnya lah, warna-warnilah. Geram-geram tengok.
 
Gerammmmm....

Yang ni cantik sangat tapi Alin tak boleh pakailah sebab ada allergic teruk kat bahagian telinga. :(

 Untung orang yang pakai tu. -_-'
Cute, cute, cute!
 
Tadi Abang datang sini, dia kata pelik betul benda ni. Haha.
 
 
 

Tuesday 20 November 2012

Bila dua-dua berjumpa.

Assalammualaikum.
 
Wuihh, bosannya. Nak cerita sikitlah. Ha, tengok tajuk atas tu. Jangan fikir bukan-bukan pulak, 'dua-dua' tu bukan pasangan kekasih tapi kucing-kucing sayangku. Hihhih. Seekor namanya Obie Sakura, panggil Obie je. Lagi satu tu ada banyak nama tapi nama betul dia Gebu sebab badan dia gebu. Yang Gebu ni panggil boo atau gemok atau abang ngahnya panggil dia nyamuk -_-' atau apa-apa je lah mesti datang punya. Obie ni baru je beranak, taklah baru sangat. Lebih kurang 3 minggulah agaknya. Kucing-kucing ni bebas sebab tak de sangkar, jadi bolehlah tidur mana-mana kecuali dalam rumah. Mak tak bagi!. Pagi tadi Obie dengan Gebu gaduh. Memang tak boleh jumpa langsunglah, kalau jumpa je mesti nak gaduh lepas tu buat pencemaran bunyi kat luar rumah ni. Cerita dia start macam ni, me and my mom alihkan kotak Obie, tempat dia tidur dengan anak dia yang ada dekat depan rumah ni ke belakang rumah sebab memburukkan pemandangan kata mak. Dapatlah Obie naik kapal terbang sekejap (Sebenarnya naik kotak je). Bila dah lama sikit lepas tu, dengar Obie mengiaw-ngiaw. Rupa-rupanya dia tengah takut sebab Gebu ada. Memang belakang rumah tu dah jadi kawasan Gebu, depan rumah tu Obie punya kawasan. Tu sebab Gebu marah agaknya. Terpaksalah kitaorang ni alihkan kotak tu kedepan balik. Ish, ish, ish. Obie ni dari dia lahir kitaorang jaga, yang Gebu pulak dah besar ni baru ada. Along jumpa dia, lepas tu bawak balik. Gebu ni character dia gedik, suka buat muka menggoda, sikit-sikit nak makan tapi bila dah bagi tak nak makan pulak tu. Obie ni baik, kucing kesayanganlah ni. ^__^
 
 Nilah Obie Sakuranya, tak nampak muka dia tak pe, tengok badan je. Hehheh. Bila dia tidur, macam nilah rupanya tapi waktu muda-muda dulu jelah. Sekarang tak tahulah macam ni lagi atau tak, dah jarang pergi tengok kucing. Kakak je yang jaga tiap-tiap hari.
 
 

Sunday 18 November 2012

Jom membebel sikit ;)

Assalammualaikum manusia-manusia yang tengah membaca entri ni sekarang ni.
 
 
 
 
 
Bila tak de idea tapi ada mood nak menulis, mcm nilah jadinya. Sambil dengar lagu korea yang entah apa dia membebel ni, jom kita membebel sekali nak. Tadi pergi jalan-jalan, ternampak pulak torchlight kecik ni warna pink. Terus pergi beli (tu pun nak kecoh, hehe) nak letak dalam beg sebab senang nanti bila emergencykan kalau nak pakai lampu. Hehehe, dalam beg mesti lengkap semua benda macam eye mo, vicks, tissue, torchlight ni and macam-macam lagilah (patutlah berat). Maklumlah, dah maknya begitu, anak pun mesti ikutkan. Hehehee. Dekat sekolah pun, kalau sesiapa nak tissue mesti mintak dekat orang ni. Orang mana?, orang yang tengah tulis nilah. :P Ahak...(Macam gediklah pulak). Cakap pasal sekolah ni terus teringat kawan-kawan, rindunya. Ya Allah, harap diaorang sihat-sihat jelahkan. Harap jugak ada orang yang rindu kita ni. Hikhikhik...
 
 
XOXO: Pantun 2 kerat : bla...bla...bla... pokok keladi,
     kalau panjang umur... harap jumpa lagi.
Haha, lupa pantun tu. Dah-dah, letih nak membebel ni, daa dulu. :D
 


Wednesday 14 November 2012

Bubbly Segmen Nov 2012: Exchange Link Jom?

Assalammualaikum lagi ^^
 
Tadi baca benda ni dekat blog kawan, macam best je bunyi dia. Nak joinlah, boleh tambah followers :D Dahlah followers sikit, malu je. Hikhikhik. Ni first time join segmen macam ni, rasa bangga dengan diri sendiri (motif???) Hahaha.
 

Kalau ada rasa-rasa nak join jugak, tekan banner kat atas ni. Join cepat tau sebab tarikh tutup dah nak dekat. Tarikh tutup dia 24 November 2012 nanti.
 
 
XOXO: Terima kasih untuk orang yang menganjurkan ni, Farah Waheeda ^^
 


Salam Maal Hijrah yang ke 1434

Assalammualaikum.
 
Salam Maal Hijrah yang ke 1434. Terlambat sikit update blog ni, terlupa semalam. Tu yang tergedik-gedik tulis sekarang ni. Dah masuk Awal Muharam dah, sekejap je kan. Harap semua dah baca doa akhir tahun dengan awal tahun lah ye. Jom bukak buku baru, azam yang baik-baik, harap semuanya makin elok. Kan kan?
 
 
 
 
 
Okay, pergi makan dululah. Perut dah berbunyi ni..Daaa.....

Friday 26 October 2012

Raya Haji. Wheee~

Assalammualaikum...
 
Semalam raya hajikan (sambil angkat-angkat kening) .Jadi hari ni nak update lah cerita semalam, sementara tak lupa lagi ni. Macam biasa tiap-tiap tahun, bila raya haji datang je satu family balik kampung. Tahun ni mak plan nak semua pakai jubah, akak pulak nak semua pakai shawl (selendanglah bahasa Melayunya) termasuklah mak. Kitaorang pun siap-siaplah pagi tu lepas sarapan nasi impit and kuah kacang, lemang and rendang ayam. Mak bising je sebab tak nak pakai shawl, siap pesan tau "Nanti kat kampung mak tanggal lah ni, mak nak pakai tudung biasa je". Hehehe, Alahmdulillah tak bukak pun. Kitaorang tak banyak ambik gambar sebab malas agaknya.
 
  Dengan mommy.

Tak tahu nak tulis apa untuk gambar ni :P

 Eh, mana satu mak ni? Hehee, comel je mak pakai shawl. Nampak muda.

 Disebabkan tak jumpa jubah yang saiz dia sesuai sebab memang susah kalau jadi orang pendek ni(banyak saiz besar je yang ada)  jadi pilih dress ni je lah.

 Ma dengan Abah manja-manja sikit.

XOXO: Raya Haji pun dapat duit raya, terima kasih wan (ni cara orang Negeri Sembilan panggil nenek) :p Alhamdulillah bertambahlah duit ku. Hehehehe....



 

Thursday 25 October 2012

Short Entry

Assalammualaikum...
 
Short entry je malam ni. Sambil dengar lagu Tourist dari Yuna sekarang ni, nak ucap "Salam Aidil Adha dan Selamat Menyambut Raya Haji". Hikhikhik... Esok semua dah nak balik kampungkan?. Hati-hati ye sesiapa yang jadi pemandunya.
 
XOXO: Kepada yang menunaikan ibadat Haji tu semoga selamat menunaikan Hajinya, semoga sihat dan murah rezeki (semua orang jugak).

Tuesday 9 October 2012

First day dalam dewan.

Assalammualaikum. Jawab salam tu cepat!. Hehehehe. Eh, teringat dekat arwah atuk pulak. My mom cerita waktu dulu ada cerita ke drama ke apa entah dalam tv, dia bagi salam lepas tu arwah atuk pergi jawab . Dia ingat ada orang datang rumah. Hikhikhik, rindu arwah atuk!. Okay-okay, back to the real story. Hari ni first day ambik exam PMR. Tengok tu, Malay + English = Manglish. Macam mana esok nak ambik exam English ni. Ayoyoyo... Tadi exam subjek BM dengan Agama Islam. Agak senang jugaklah, boleh jawab tu boleh tapi tak tahu betul atau tak. Masa nak masuk dewan semua senyap je. Tangan dah menggigil-gigil tengok kertas soalan atas meja. Semalamnya, Alin tanya abang dia jawab exam PMR dulu susah ke senang. Lepas tu dia jawab susah, kurang ajar, dulu kata senang je. Huh! Pagi tadi mulanya planned nak bagun awal sebab nak singgah seven eleven. Ingatkan nak beli something sedap nak makan waktu rehat, tak delah membazir masa pergi beli makanan kan tapi pergi kunci jam pukul 6.30. Aduhaiilah sayangku....Harapnya esok tak ada apa-apa masalahlah.
 
XOXO: Kalau orang Korea punya slogan "Fighting!", orang Melayu punya slogan pulak "Bergaduh!" Haha.

Thursday 4 October 2012

Terharunya :')

Assalammualaikum.
 
Pagi tadi dekat sekolah, semua budak tingkatan 3 (including me) salam dengan cikgu-cikgu. Macam mintak restulah sebab dah nak PMR kan. Lebih kuranglah tu. Sambung balik cerita tadi, mula-mula budak lelaki dulu lepas tu perempuan pulak. Panjang sangat beratur tu sebab terlampau banyak budak tingkatan 3 dekat sekolah ni. Dah macam ular atau naga je. Bila salam terus rasa sebak tapi tahan je jangan nangis nanti malu depan cikgu. Cikgu siap peluk cium lagi tau, cium pipi ke pipi je tak lebih-lebih pun. Hehehe. Cikgu semua bisik suruh buat baik-baik. "InsyaAllah cikgu". Rasa teharu pulak lepas tu cakap "Cikgu doakan Alin" sambil tertunduk-tunduk takut orang nampak nanti nak menangis. Hikhikhik. Nasib baik tak nangis betul-betul tau. Cikgu-cikgu yang dah lama tak namapk pun ingat lagi kat Alin, terharunya.... Cikgu masing-masing tersenyum lebar je, yang selalu bad mood dalam kelas pun senyum jugak. Sejuk hati tengok. Haha. PMR minggu depan, doakan result Alin ye, semoga yang doakan tu pahala dia meningkat nanti :D Lepas rehat tadi susun meja dekat dewan, aduuhh punyalah berabuk meja tu. Lengan baju sekolah pun jadi kotor, lupa nak bawak tissue. Tissue yang memang ada dalam beg dah habis pulak. Sabar je lah.

XOXO: Sayang cikgu semua. Good luck to all form 3 students in Malaysia, do your best and beat the rest okay?. Last but not least, good luck to me too :P

Saturday 29 September 2012

Nampak macam matang ke?

Assalammualaikum.
 
Waktu hari raya yang kelima dulu, kitaorang satu family pergilah jalan raya rumah pak long , abah punya abang. Sampai sana macam-macam mak long masak, kitaorang pun apa lagi makan sampai perut buncitlah. Masing-masing lapar. Mak long bising suruh tambah banyak kali. My pak long ni jenis pelupa orangnya, bila jumpa mesti dia tanya tingkatan berapa, sekolah mana, namalah and macam-macam lagi lah.. Aduh, pak long ni. Masa pak long tengah tanya tu mak long pulak mencelah "Nampak alin macam kakak pulak, kak Icha nya adik". What????. Macam kakak ke?. Dalam hati tergelak sorang-sorang, "Ni mesti sebab nampak matang dari kak Icha" :P Maklumlah kak Icha tu pelik, tak berapa nak matang agaknya. Hahaha, macam-macam mak long ni. Jom tengok gambar alin dengan kak Icha nak?
 
 The left one is me and the right one is my sister, kak Icha. Alamak, tudung ni buat hal lah pulak, bulat je.
 
 
Muka orang happy baru lepas makan.
 

Lepas balik dari pergi raya rumah saudara-mara, sempat lagi tau kitaorang pergi family store sekejap nak carik barang-barang sikit.
 

Bila mood gila dah datang, macam-macam gambar nak ambik. Ni salah satunya. Sorang jadi ikan selar, sorang lagi jadi sardin :D
 
 
XOXO: Alhamdulillah lah ye kalau memang betul nampak matang dari si kakaknya :P


Thursday 27 September 2012

Gambar raya

Assalammualaikum. Jawab salam tu dulu^^
 
Dah lama tak menulis, lama sangat lah. Nasib baik ingat lagi password blog ni (maklumlah orang pelupa kan). Nak update sikit je ni, saja nak mengada-ngada. Rindu sangat kat blog ni. Nak tunjuk gambar raya tahun ni lah.
 
 
Ta-daaa~ pink and purple. Semua simple-simple je.
 
XOXO: psst...tinggal 2 minggu lagi nak PMR. Harap semua okay.
 
 

Friday 7 September 2012

Cerita Raya 2012 ^^

Assalammualaikum... ;)
 
Uisshh, dah lama betul tak update blog ni. Rindu!. Nak update tak de idea pulak. Eh, baru teringat ada idea rupanya. Hikhikhik...Sekarang ni tengah dalam mood raya lagi kan :D ( ye ke? ) So nak cerita pasal cerita raya kitalah.
 
First raya tu tak pakai glamour-glamour pun sebab arwah nenek saudara meninggal last puasa, malam tu. ( Al-Fatihah ) Kitaorang terus pergi kubur. Cepat-cepat siap, takut tak sempat nak tengok arwah tapi Alhamdulillah sempatlah. Macam biasalah raya tak tidur kampung sebab rumah dekat je, selalu balik kampung. Baju raya sebenarnya plan nak warna turquoise tapi dapat warna purple + pink pulak sebab tak jumpa turquoise. Kalau ada pun dah tinggal sikit je, my family ni besar. So nak banyak >_<  Malaslah nak cerita panjang-panjang ni, tengok gambar je lah.
 
 Kalau dah raya, main bunga api tu kira wajib tau. :P
 
 Wearing my colourful baju raya.
 
 Together with my sister. Say cheese!
 
Yang ni hari raya keempat, on the way nak jalan raya rumah saudara-mara.

Dah sampai rumah Mak Tih. Love Daddy and mommy.
 
 Kak diya, myself, Kak Ati.
 
 "Pak Long, orang datang ni". Hehehee. Yang kanan sekali tu kakak paling tua tau tapi kecik je.
 
 Sayang wan ( wan tu nenek ) Orang Negeri Sembilan ni memang panggil wan.
 
 Adib!!
 Nak dengar cerita tak?. Dia ni pelat huruf K tau. So hari tu dia tanya nak my wan "Wan dah buka?" tapi dia sebut "Wan dah buta?". Hahaha. Macam tak patut je soalan tu.
 
My Mak Ngah punya rumah. We are one BIG happy family.
 
Purple!

 Yuni sayang. Yang tangan buat peace kat belakang tu memang nak kena nihh...
 
2 Makshu ^^
 
So, that's my story. Hope you enjoyed. :D
 
 
XOXO: Have a nice day!
 
 
 
 


Monday 13 August 2012

Hello Kitty Town di Johor!

Assalammualaikum w.b.t. lagi...

Hari tu my sister nampak satu article kat internet ni pasal hello kitty kesayangan dia tu. Terjerit-jerit panggil kita ni, ingatkan apa lah rupanya Hello Kitty!. Bila tengok, diri sendiri pun excited. Tak tahulah kenapa excited padahal tak suka pun hello kitty ni. Okaylah tipu tadi tu, sebenarnya suka sikit je. Bila tengok hello kitty tu, "apa yang best sangat, gemuk, pendek, gebu!, putih!!, comel!!! Tengok tu, hello kitty ni jadi makin comel tau. Fine! Dengar-dengar cerita, dalam bulan oktober ni hello kitty town akan dibuka dekat johor. InsyaAllah. My sister tu walau macam mana pun tetap nak pergi, jadi kita ni mestilah ikut. Hahaha. Bayangkan naik cup yang pusing-pusing tu dengan hello kitty, jumpa maskot hello kitty......Banyaknya hello kitty! Harap roller coaster pun adalah...

Jom tengok article ni...eh, jangan tengok je, baca sekali...Article ni 28 December 2011, tu sebab dia kata 'next year'.



XOXO: "Akak, nanti kita pergi sama-sama!"

Friday 10 August 2012

Trial PMR

Assalammualaikum w.b.t...

Rindu blog ni, lama dah tak update. Kenapa tak update?. Hehehe...sebenarnya minggu ni trial PMR. Sibuk study (yelah tu!). Eh, tak tipulah, tapi taklah study beria-ria sangat. Malas je lebih. Hahaha. Abang kata dia trial dulu agak susah sikit daripada PMR sebenar tapi setakat ni okay jugaklah trial tu. Alhamdulillah. Harap yang PMR sebenar tu senang lah. Tak tahulah banyak A atau pun tak tapi yang penting dah target nak 5 A ke atas. Kalau lapan tu dah okay sangatlah. Nak pecah kepala baca banyak bab daripada tingkatan 1 sampailah 3 ni. Aduuhh... Mula-mula tu memang confident dah ingat semua tapi bila pegang kertas tu seram sejuk badan terus jadi lupa sampai menggigil. Hahaha. Tapi Alhamdulillah sangat dapat jawab. Terinagt pulak waktu dulu dapat 5A dalam UPSR, hadiah satu pun tak dapat. Memanglah sedih tengok kawan-kawan dapat hadiah mahal-mahal, comel pulak tu tapi tak pe lah kan. Kita masuk kubur pun bukannya bawak benda tu, kan kan?. TAPI kan..............kalau nak bagi hadiah tak pe jugak (muka tak malu ni!). Kikiki, kalau boleh nak camera. (memang tak malu pun) -__-'

XOXO: Terima kasihlah siapa-siapa yang doakan tu ye. May Allah bless you!

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan semua.

Assalammualaikum w.b.t. Jawab salam ni. Hehehe.

Kalau difikirkan, cepat jugak Ramadhan ni datang. Alhamdulillah, harapnya murah rezeki dan panjang umurlah ye. Eh, lupa nak cakap, "Selamat menyambut bulan Ramadhan yang indah ni dan selamat berpuasa!". Raya tahun ni dah prepare semua?, tema warna tahun ni apa?. Excited pulak, kikiki. My family tema tahun ni warna turquoise. Mulanya, sorang nak warna turquoise, sorang nak warna fuschia, sorang lagi nak warna pink + purple sikit. Last-last ma dengan abah nak turquoise tapi turquoise blue tau, bukan green. Yang sedihnya, raya tahun ni tak boleh beria-ia sangat sebab lepas raya terus trial PMR. Tu yang takut tu. Tak pelah, study banyak-banyak nanti okaylah jadinya. InsyaAllah.

Jom baca niat puasa sama-sama (Malam tadi dah niat dah). Hehehe. Tapi jangan pandai-pandai baca doa bukak puasa pulak, belum masuk waktu lagi. Haha.




XOXO: Siapa nak puasa penuh angkat tangan!



Tuesday 10 July 2012

Jom sihatkan badan!

Assalammualaikum. Kalau tak jawab berdosa, kalau jawab SAYANGGG~ LAH

Kat sekolah dah start bulan kecergasan. Eh, bulan kecergasan ke bulan kesihatan ni? Entahlah. Pagi tadi ada senam-senam sambil menari ramai-ramai kat padang. Hahaha, kelakar je. Ada yang tegak macam patung sebab segan nak menari (Alinlah tu -_-') ada yang beria-ria menari. Abang pun kata dia pergi menari tadi, tak dapat nak bayangkan mesti kelakar. Macam-macam jenis tarian tadi kitaorang menari, zapinlah, itulah, inilah. Dah sampai bollywood tau. Hehhehheh. Sayangnya tak bawak camera, tak delah gambar.

Gambar ni saja-saja letak. Eh, lama jugak tak pergi jogging.

XOXO: Cikgu yang bagi instruction nak menari macam mana tadi tu macam kenal je. Cikgu sekolah rendah dulu agaknya.

Friday 6 July 2012

Our First Tiramisu Cake ^_^

Assalammualaikum w.b.t. Annyeonghaseyo. Konichiwa. Ni Hau Ma?.

Baru je habis buat kek Tiramisu tadi dengan akak. Yummyyh! Tak sabar-sabar pulak nak makan. Kena tunggu 8 jam untuk dia betul-betul masak/siap (dalam fridge). Kek Tiramisu ni my favourite cake. Yeahhh!. Tak tahulah jadi ke tak sebab ni first time kitaorang buat kek Tiramisu ni. Harapnya jadilah. Perut pun dah berbunyi ni. Nak gi carik makanan kat dapur sementara tunggu kek ni ciap!!


TaDaaaa!!!


Opps, ni gambar hiasan je. Hehhehheh. Gambar dari encik Flickr, Thank you!
Slurppp..., air liur meliur sekejap. (Tak malu!) 

Can i have DSLR please?

Assalammualaikum. Hi!

Ya Allah, betul-betul boring sekarang ni. Tak tahu nak buat apa, nak update blog tapi tak de idea sebenarnya ni. Hehehe. Tapi kan...teringin sangat nak ada DSLR. Seriously memang teringin tahap nak gila ni. 
Tengok gamabar pun hati dah berdebar-debar. Ni kan nak pegang, tapi tak pe. Tetap nak jugak!. I LOVE EVRYTHING ABOUT CAMERA!. InsyaAllah besar nanti my Abang Idam belikan. Hakhakhak... Dia tu semua benda kata "Dah besar nanti Idam belikan". Okayh, kita tunggu dah besar nanti ye ;) Lama pun tak pelah, tunggu jugak sampai dapat. Kalau tak dapat, beli sendirilah kan. Tu pun kalau banyak duit -_-'

Friday 29 June 2012

'Balik kampung~Ooo~Balik kampung'

Assalammualaikum you alls...Hehehe...

Esok kita balik kampung, Yeayyh~ Dapat main dengan baby Yuni. Nak balik kampung sebab rindu dekat wan kita, hehehe gurau lah. Sebenarnya sebab wan buat kenduri doa selamat. So, esok banyak orang lah ( Ni yang tak suka ni). Tak pe tak pe, dapat makan banyak-banyak kan. Kihkihkih...Baju-baju semua dah packed so sekarang ni free lah, tu yang rajin nak meng-update blog ni. Lagi pun baru je habis makan ni, maknanya sekarang banyak energy. Hehehe...Tengah banyak energy tapi tak de idea nak memanjangkan cerita ni. -_-

XOXO: Jom nyanyi lagu Sudirman 'Balik kampung' tu...

Wednesday 27 June 2012

26. 6. 2012

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo bloggers :)

Dah lama betul tak update blog ni, tak ada idea nak update. Seperti tajuk di atas, mesti nak tahu apa jadi kan waktu tarikh tu. Jeng jeng jeng...ada 3 penjuru a.k.a. perjumpaan ibu bapa. Semua orang nervous including me. Alhamdulillah, resultnya okay lah jugak sebab tak de D Yeayyh!! Kita dapat nombor 7 berbanding dulu nombor 2. Jatuh sikitlah kan :( Anyway, tahniah kat kawan ku yang comel, Rafhanah sebab dapat nombor 1...

XOXO: Nasib baik cikgu tak cakap bukan-bukan kat my abah. Hehehe...

Saturday 9 June 2012

Happy Anniversary to Ma dgn Abah yang ke 33~

Assalammualaikum w.b.t...

 
Semalam special sikit, semalam hari anniversary ma dengan abah kita tapi tak celebrate sebab abah pergi keluar dengan kawan dia :( Lupa lah tu.

 

Caption: Happy Anniversary Mak Abah!

Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. Kami sayang Ma dengan Abah.
-Dari anak-anak ma, abah : Along, angah, alang, Kak Diya, Kak Ati, Kak Neesha, Idam and Alin!


We Love You Forever!!!



Tuesday 5 June 2012

Ni Apam, bukan muffin ^^

Assalammulaikum. :D

31 May hari tu kan birthday kita ni. So mak, akak and myself buatlah apam. Tahu tak apa tu?, alah yang macam muffin tu tapi lagi lembut lagi sedap yang kecik-kecik tu. Dah faham?, okay bagus. Kek tak de pun tak pe lah. Abah kata celebrate hari lain je lah (Sebab lupa lah hari tu birthday alin). Hadiahnya pun lambat dapat, sekarang ni pun tak dapat lagi tau ( buat muka tak puas hati -_-). Tak pelah kan, hadiah tu bukan penting sangat pun. Balik kepada tadi, kitaorang buat apam, yeay!.

Nak tengok tak?

Nak tak?!

Nak???

...............

Boleh je... ^_^



Eh, yang ni belum siap lagi ni. Yang comot-comot tu jangan pandang.




Tadaaa~ Comelkan, seronok sangat buat ni. Rasa macam nak buat lagi je.




Love this one, pandang ni teringat chipsmore. Haha

XOXO: Mak jom buat lagi. ;)


Wednesday 30 May 2012

Apa yang Alin rasa...

Assalammualaikum...

Rasa apa?, happy lah...Happy belated birthday to me :'). Hehehe. Bangun tidur tadi asyik tersenyum-senyum, tersengih-sengih. Apa org kata tu, macam kerang busuk?. Memang pun -_-. Hahaha. Sampai sekarang tak boleh berhenti senyum ni. Semalam, beria-ria nak tunggu sampai pukul 12 malam, nak tengok ada tak orang mesej kata happy birthday. Belum pukul 12 lagi dah letih nak tunggu, mata berat je. Tertidur kejap, lepas tu 11:59, Dayah mesej, dia kata happy birthday. Thank you Dayah sebab jadi orang first yang wish. Thank ian sebab jadi orang second yang wish. Thank you dengan sayang kat semua yang wish tu ye. May Allah bless you too. Bukak fb tadi excited betul, banyak betul orang yang wish. Nanti InsyaAllah alin doa kan yang terbaik untuk semua ye.

XOXO: Cik Alin kita ni dah tua, Alhamdulillah ( What? pelik -_-' ) Tak pe, dah tua ni nampak matang sikit kan kan?. Thank you sangat-sangat ye semua yang wish tu.

Kesian Encik Volvo kami.

Macam biasa, bagi salam dulu. Assalammualaikum! (Ingat bagi salam waktu nak datang raya je ke?) :P

Hehehe. Sendiri buat kelakar, sendiri yang gelak. (Kelakar ke?). Okay-okay, the real story is Encik Volvo kami yang tengah sakit. Hari ahad hari tu pergi kenduri. Time tu lah Encik Volvo ni sakit sangat-sangat, dia tak nak jalan (Tak boleh start). So kena tarik pergi workshop, hospital untuk kereta. Bukan kami yang tarik -_-' Sebelum ni dia memang dah demam-demam pun. (Kereta boleh demam ke?) Hehehe. Sampai sekarang, hari rabu ni dia tak balik-balik lagi. Kena tahan kat wad agaknya tu.
Cepat sembuh ya!


Ni lah encik Volvo kami.
(Maaf gambar tak ada, hehehe) Just kidding, jangan marah pulak.


 
XOXO: Senyum-senyum selalu. I heart you, Encik Volvo.

Tak tahu nak letak tajuk apa :P

Assalammualaikum.

Nak dengar cerita tak? Nak tak?. Okay-okay, tadikan. Kita ni kan. Tak pergi sekolah. Hehehe, bukan malas tapi, urmm adalah. Selamba je online facebook dengan muka tak malu ni, haha. Boringlah hari ni. Tak pe, esok best! (Ehen-ehem, ada apa esok?). Kalau nak tahu, tunggu esok je lah. InsyaAllah ada entry baru :P

Friday 25 May 2012

Nak cakap...

 Selamat bercuti (Malay). Happy Holiday (English). عطلة سعيدة(Arabic).  Jieri kuaile (Chinese). Jeulgeoun hyuga (Korean). Shiawasena kyujitsu (Japanese).

In English we say ' Happy Holiday!'. Dalam Bahasa Melayu kita cakap 'Selamat bercuti!'

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo.

HAPPY HOLIDAY!
 (tadi nak tertulis 'happy birthday' lah pulak, adoii)

Mid-year exam pun dah habis, Merdeka!!!. Jom menjerit, hehehe. Tak sabar-sabar nak dapat result ni, harap dapat banyak A, InsyaAllah. Kalau tak tu tak tahulah nak cakap apa. Cuti ni tak de plan lagi nak pergi mana-mana. Tak seronok pun sebenarnya cuti ni sebab ada kelas tambahan (Boring), kerja sekolah pun banyak. Tak pelah cikgu, saya suka ni :p Nanti kalau ada pergi mana-mana, Alin update blog ni, kalau tak ada pun tetap nak update. Hehehe. Dahlah, nak pergi dapur nak cari makanan ni, lapar (Sebenarnya baru 2 minit tadi pergi makan)

Have a nice, wonderful, colourful holiday!




Thursday 24 May 2012

Math dah tak ada ^_^

Assalammualaikum. Yo!

Alhamdulillah sangat-sangat exam math dah selesai!. Woo~ nak pecah kepala belajar math ni. Dah lah banyak topic yang masuk. Aduhh, rasa nak demam je. Mula-mula paper 2 dulu, bolehlah. Agak senang. Lepas tu paper 1, rasa nak terjun bangunan pun ada. Calculator ada pun tak membantu langsung tapi keseluruhannya rasa betul cuma ada satu dua je yang rasa macam salah. (*macam perasan genius je).

XOXO: Yeahhh!, math dah tak ada. (*Aman hidup, kalau tak tu rasa macam nak bunuh orang je) Hehehe...

Friday 18 May 2012

Susah orang je.

Assalammualaikum. Yo, what's up?. Hehehe

Hari ni tak boleh online lama-lama, bukak komputer lama-lama. Nak tahu kenapa? Sebab ada orang betulkan tiang elektrik (Nak tukar baru). Jadi, tak ada elektriklah kat kawasan ni. Dari hari jumaat hari tu sebenarnya. Start pukul 9 pagi sampai 7 malam. Nanti bukak laptop je lah tapi tak boleh bukak internet, youtube, facebook, semua-semua ni lah. Isk...isk...isk...  T_T Tengok movie dalam laptop je lah nampaknya. Boring, sunyi je rumah. Macam biasalah bila boring pergi makan. Perut pun dah besar ni. Hehehe

XOXO: Jom join makan sepanjang hari nak?

Mid-Year Exam

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo.

Semalamkan. Mid-Year Exam kan. Dah Start tau~
Hehe. Boleh tahanlah senang dia. Ingatkan susah sangat, mengigil-gigil je pegang pensil. Bila jawab BM kertas 2 tu, pandang tajuk ni idea terus jadi banyak, pandang tajuk lain idea lagi banyak. Tak tahu nak buat yang mana. Lepas habis jawab lepas tu check-check sikit. Lepas tu tertidur pulak. Entah macam mana rupa tidur atas meja tu, berbunyi ke tak. Hehe, malunya. Dahlah kiri kanan lelaki (cikgu yang susun tempat duduk ni)

XOXO: Harapnya dapat markah tinggilah kan. Have a nice day people!

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru!

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo...

Pernah jugak terfikir kenapa semua orang tak cakap 'Selamat Hari Cikgu' tapi semua orang cakap 'Selamat Hari Guru'. Mungkin sebab pelik sangat bunyi dia. Haha. Okaylah, cakap pasal hari guru ni memang seronok. Sambutan dekat sekolah pun meriah. Comel-comel je cikgu, unutunglah banyak hadiah. Sorry cikgu, Alin tak bagi hadiah. Tak pe, InsyaAllah hadiahnya result PMR yaang bagus ;) Yang paling best pasal sambutan hari guru ni sebab ada makanan percuma. Hehehe, nampak sangat tak malu kan. "Akak~ tadi Alin nampak banyak orang bawak DSLR tau, sedihnya kita tak ada" (Memang susah kalau dah jadi orang yang teringin sangat nak DSLR ni)


Sebenarnya ni gambar-gambar sambutan hari guru tahun lepas. Kikiki, tadi tak bawak kamera pun.



Dengan Ifa comel :)


Waktu ni cikgu-cikgu main game Musical Chair. Budak-budak lain yang excited sampai ada yang menjerit.

 



Nak cakap sikit ni...
"Selamat Hari Guru cikgu-cikgu semua dia seluruh dunia terutama cikgu-cikgu yang pernah mengajar Alin. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sayang cikgu selamanya, terima kasih cikgu!"

XOX: Sayang cikgu sangat-sangat.


Saturday 12 May 2012

Happy Momma's Day

Assalammualaikum bloggers. Jawab salam tu...

Happy Momma's Day to every mothers in this world especially to my mom. I love you so mucchhhhh. Semoga panjang umur, murah rezeki. InsyaAllah


You're the best, mom :')




Kecik-kecik dulu ma peluk, dukung Alin...




Dah besar ni Alin pulak peluk mak ye.





Thank you mom for everything. I love you no matter what happens. You're the best!





 XOXO: "Mothers hold their child's hand for a moment and their heart for a lifetime"