Tuesday 19 March 2013

30 Keajaiban Selawat. Ajaibnya~ Hehehe...

Assalammulaikum. Hai peeps, hope you had a nice day today.
 
Jom ceria-ceria sikit sambil tambah ilmu nak?. Rupa-rupanya banyak betul kelebihan selawat ni, selama ni tahu sikit je. Baca satu per satu, jangan skip-skip pulak. Banyak faedah baca ni, cehh bunyi dah macam cikgu pulak. Hehehe.
 
 
1) Sabda Rasullah SAW : Barang siapa yang berselawat ke atas ku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – HR Muslim.

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. In Shaa Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, In Shaa Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, In Shaa Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripada-Nya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25) Ulama berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, In Shaa Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulama berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barang siapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – HR Thabrani.


Amal-amalkanlah selawat selalu. In Shaa Allah banyak faedah dapat nanti. Kalau rajin, sharekan lah dekat orang lain. Dapat jugak pahala nanti.



 


Murtabak Maggi yang yummeh!

Assalammualaikum W.B.T....
 
 
Sekarang nak cerita sikit pasal resepi buatan sendiri, cehh buatan sendirilah sangat padahal dah ramai orang yang buat. Yelah-yelah, buatan ramailah ye...iaitu murtabak maggi ^_^ Sedap sangat. Ramai jugak yang tahu resepi ni tapi ada jugak yang tak tahunya. Mak kata kalau makan macam ni sihat sikit sebab mee maggikan disalut dengan lilin. Daripada buat cara segera tu, baik buat yang macam ni. Rebus dulu mee maggi tu, bagi lembut-lembut kembang-kembang lepas tu buang air dia yang ada lilin tu. Perencah dia pun tak lah elok sangat tapi tak pelah, demi nak ada rasa magginya tu. Pecahkan telur, tak kiralah nak banyak mana asalkan dapat balut mee maggi tu nanti. Lepas tu masukkan perencah maggi pulak dalam mangkuk. Kalau nak tambah bawang ke carrot ke sayur ke, boleh. Lagi banyak sayur lagi sihat. Lepas tu kacau sebati and masuklah maggi yang dah rebus tadi tu. kacau-kacau and masaklah. Masak macam masak telur dadar je, senangkan?. Eh, terasa macam chef pulak. Perasan je lebih, Hehehe. Jadi chef sementara jelah selama 11 minit menaip ni.
 
 
 
 
Dalam gambar ni memang namapak tak berapa nak sedap tapi sebenarnya sedap maklumlah kita ni memang tak pandai sangat nak ambik gambar. Makan dengan sos cili life thai sedaplah jadinya, hehehe. Untuk minum petang sesuailah. Makan dengan mak sambil suap-suap. Haha, berangan jelah nak suap-menyuap tu, tak pasal-pasal mak pandang semacam je nanti. Menyeramkan je. Siapa yang tak pernah cuba tu nanti buatlah.
 
 
 
 
 


Monday 18 March 2013

Sekolah makin best...

Assalammualaikum... Jawab tu ^_^
 
 
Sekolah Seri Pagi ni makin best pulak sebab semua budak-budak yang lahir bulan March ni dia celebrate sama-sama. Siap suap-menyuap kek tau, comel je. Pengetua yang suapkan, tak ke terserlah sweetnya tu. Haha. Dah kalau March dia celebrate, mesti bulan lain-lain pun celebrate kan. Tak sabar nak tunggu bulan Mei ni. Hadiah memang tak dapatlah sebab ramai yang celebrate tu, miskin pulak sekolah tu nanti. Hadiahnya kek tu jelah, tu pun kira Alhamdulillah daripada tak dapat langsungkan. Ni dijamin masuk dalam majalah sekolah ni (*Cehh ayat ku, dijamin) Hehehe. Harap bila bulan Mei nanti tu, kek dia special sikitlah sebab ada hari guru sekali. In Shaa Allah...