Monday 13 August 2012

Hello Kitty Town di Johor!

Assalammualaikum w.b.t. lagi...

Hari tu my sister nampak satu article kat internet ni pasal hello kitty kesayangan dia tu. Terjerit-jerit panggil kita ni, ingatkan apa lah rupanya Hello Kitty!. Bila tengok, diri sendiri pun excited. Tak tahulah kenapa excited padahal tak suka pun hello kitty ni. Okaylah tipu tadi tu, sebenarnya suka sikit je. Bila tengok hello kitty tu, "apa yang best sangat, gemuk, pendek, gebu!, putih!!, comel!!! Tengok tu, hello kitty ni jadi makin comel tau. Fine! Dengar-dengar cerita, dalam bulan oktober ni hello kitty town akan dibuka dekat johor. InsyaAllah. My sister tu walau macam mana pun tetap nak pergi, jadi kita ni mestilah ikut. Hahaha. Bayangkan naik cup yang pusing-pusing tu dengan hello kitty, jumpa maskot hello kitty......Banyaknya hello kitty! Harap roller coaster pun adalah...

Jom tengok article ni...eh, jangan tengok je, baca sekali...Article ni 28 December 2011, tu sebab dia kata 'next year'.



XOXO: "Akak, nanti kita pergi sama-sama!"

Friday 10 August 2012

Trial PMR

Assalammualaikum w.b.t...

Rindu blog ni, lama dah tak update. Kenapa tak update?. Hehehe...sebenarnya minggu ni trial PMR. Sibuk study (yelah tu!). Eh, tak tipulah, tapi taklah study beria-ria sangat. Malas je lebih. Hahaha. Abang kata dia trial dulu agak susah sikit daripada PMR sebenar tapi setakat ni okay jugaklah trial tu. Alhamdulillah. Harap yang PMR sebenar tu senang lah. Tak tahulah banyak A atau pun tak tapi yang penting dah target nak 5 A ke atas. Kalau lapan tu dah okay sangatlah. Nak pecah kepala baca banyak bab daripada tingkatan 1 sampailah 3 ni. Aduuhh... Mula-mula tu memang confident dah ingat semua tapi bila pegang kertas tu seram sejuk badan terus jadi lupa sampai menggigil. Hahaha. Tapi Alhamdulillah sangat dapat jawab. Terinagt pulak waktu dulu dapat 5A dalam UPSR, hadiah satu pun tak dapat. Memanglah sedih tengok kawan-kawan dapat hadiah mahal-mahal, comel pulak tu tapi tak pe lah kan. Kita masuk kubur pun bukannya bawak benda tu, kan kan?. TAPI kan..............kalau nak bagi hadiah tak pe jugak (muka tak malu ni!). Kikiki, kalau boleh nak camera. (memang tak malu pun) -__-'

XOXO: Terima kasihlah siapa-siapa yang doakan tu ye. May Allah bless you!