Wednesday 30 May 2012

Apa yang Alin rasa...

Assalammualaikum...

Rasa apa?, happy lah...Happy belated birthday to me :'). Hehehe. Bangun tidur tadi asyik tersenyum-senyum, tersengih-sengih. Apa org kata tu, macam kerang busuk?. Memang pun -_-. Hahaha. Sampai sekarang tak boleh berhenti senyum ni. Semalam, beria-ria nak tunggu sampai pukul 12 malam, nak tengok ada tak orang mesej kata happy birthday. Belum pukul 12 lagi dah letih nak tunggu, mata berat je. Tertidur kejap, lepas tu 11:59, Dayah mesej, dia kata happy birthday. Thank you Dayah sebab jadi orang first yang wish. Thank ian sebab jadi orang second yang wish. Thank you dengan sayang kat semua yang wish tu ye. May Allah bless you too. Bukak fb tadi excited betul, banyak betul orang yang wish. Nanti InsyaAllah alin doa kan yang terbaik untuk semua ye.

XOXO: Cik Alin kita ni dah tua, Alhamdulillah ( What? pelik -_-' ) Tak pe, dah tua ni nampak matang sikit kan kan?. Thank you sangat-sangat ye semua yang wish tu.

Kesian Encik Volvo kami.

Macam biasa, bagi salam dulu. Assalammualaikum! (Ingat bagi salam waktu nak datang raya je ke?) :P

Hehehe. Sendiri buat kelakar, sendiri yang gelak. (Kelakar ke?). Okay-okay, the real story is Encik Volvo kami yang tengah sakit. Hari ahad hari tu pergi kenduri. Time tu lah Encik Volvo ni sakit sangat-sangat, dia tak nak jalan (Tak boleh start). So kena tarik pergi workshop, hospital untuk kereta. Bukan kami yang tarik -_-' Sebelum ni dia memang dah demam-demam pun. (Kereta boleh demam ke?) Hehehe. Sampai sekarang, hari rabu ni dia tak balik-balik lagi. Kena tahan kat wad agaknya tu.
Cepat sembuh ya!


Ni lah encik Volvo kami.
(Maaf gambar tak ada, hehehe) Just kidding, jangan marah pulak.


 
XOXO: Senyum-senyum selalu. I heart you, Encik Volvo.

Tak tahu nak letak tajuk apa :P

Assalammualaikum.

Nak dengar cerita tak? Nak tak?. Okay-okay, tadikan. Kita ni kan. Tak pergi sekolah. Hehehe, bukan malas tapi, urmm adalah. Selamba je online facebook dengan muka tak malu ni, haha. Boringlah hari ni. Tak pe, esok best! (Ehen-ehem, ada apa esok?). Kalau nak tahu, tunggu esok je lah. InsyaAllah ada entry baru :P

Friday 25 May 2012

Nak cakap...

 Selamat bercuti (Malay). Happy Holiday (English). عطلة سعيدة(Arabic).  Jieri kuaile (Chinese). Jeulgeoun hyuga (Korean). Shiawasena kyujitsu (Japanese).

In English we say ' Happy Holiday!'. Dalam Bahasa Melayu kita cakap 'Selamat bercuti!'

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo.

HAPPY HOLIDAY!
 (tadi nak tertulis 'happy birthday' lah pulak, adoii)

Mid-year exam pun dah habis, Merdeka!!!. Jom menjerit, hehehe. Tak sabar-sabar nak dapat result ni, harap dapat banyak A, InsyaAllah. Kalau tak tu tak tahulah nak cakap apa. Cuti ni tak de plan lagi nak pergi mana-mana. Tak seronok pun sebenarnya cuti ni sebab ada kelas tambahan (Boring), kerja sekolah pun banyak. Tak pelah cikgu, saya suka ni :p Nanti kalau ada pergi mana-mana, Alin update blog ni, kalau tak ada pun tetap nak update. Hehehe. Dahlah, nak pergi dapur nak cari makanan ni, lapar (Sebenarnya baru 2 minit tadi pergi makan)

Have a nice, wonderful, colourful holiday!




Thursday 24 May 2012

Math dah tak ada ^_^

Assalammualaikum. Yo!

Alhamdulillah sangat-sangat exam math dah selesai!. Woo~ nak pecah kepala belajar math ni. Dah lah banyak topic yang masuk. Aduhh, rasa nak demam je. Mula-mula paper 2 dulu, bolehlah. Agak senang. Lepas tu paper 1, rasa nak terjun bangunan pun ada. Calculator ada pun tak membantu langsung tapi keseluruhannya rasa betul cuma ada satu dua je yang rasa macam salah. (*macam perasan genius je).

XOXO: Yeahhh!, math dah tak ada. (*Aman hidup, kalau tak tu rasa macam nak bunuh orang je) Hehehe...

Friday 18 May 2012

Susah orang je.

Assalammualaikum. Yo, what's up?. Hehehe

Hari ni tak boleh online lama-lama, bukak komputer lama-lama. Nak tahu kenapa? Sebab ada orang betulkan tiang elektrik (Nak tukar baru). Jadi, tak ada elektriklah kat kawasan ni. Dari hari jumaat hari tu sebenarnya. Start pukul 9 pagi sampai 7 malam. Nanti bukak laptop je lah tapi tak boleh bukak internet, youtube, facebook, semua-semua ni lah. Isk...isk...isk...  T_T Tengok movie dalam laptop je lah nampaknya. Boring, sunyi je rumah. Macam biasalah bila boring pergi makan. Perut pun dah besar ni. Hehehe

XOXO: Jom join makan sepanjang hari nak?

Mid-Year Exam

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo.

Semalamkan. Mid-Year Exam kan. Dah Start tau~
Hehe. Boleh tahanlah senang dia. Ingatkan susah sangat, mengigil-gigil je pegang pensil. Bila jawab BM kertas 2 tu, pandang tajuk ni idea terus jadi banyak, pandang tajuk lain idea lagi banyak. Tak tahu nak buat yang mana. Lepas habis jawab lepas tu check-check sikit. Lepas tu tertidur pulak. Entah macam mana rupa tidur atas meja tu, berbunyi ke tak. Hehe, malunya. Dahlah kiri kanan lelaki (cikgu yang susun tempat duduk ni)

XOXO: Harapnya dapat markah tinggilah kan. Have a nice day people!

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru!

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo...

Pernah jugak terfikir kenapa semua orang tak cakap 'Selamat Hari Cikgu' tapi semua orang cakap 'Selamat Hari Guru'. Mungkin sebab pelik sangat bunyi dia. Haha. Okaylah, cakap pasal hari guru ni memang seronok. Sambutan dekat sekolah pun meriah. Comel-comel je cikgu, unutunglah banyak hadiah. Sorry cikgu, Alin tak bagi hadiah. Tak pe, InsyaAllah hadiahnya result PMR yaang bagus ;) Yang paling best pasal sambutan hari guru ni sebab ada makanan percuma. Hehehe, nampak sangat tak malu kan. "Akak~ tadi Alin nampak banyak orang bawak DSLR tau, sedihnya kita tak ada" (Memang susah kalau dah jadi orang yang teringin sangat nak DSLR ni)


Sebenarnya ni gambar-gambar sambutan hari guru tahun lepas. Kikiki, tadi tak bawak kamera pun.



Dengan Ifa comel :)


Waktu ni cikgu-cikgu main game Musical Chair. Budak-budak lain yang excited sampai ada yang menjerit.

 



Nak cakap sikit ni...
"Selamat Hari Guru cikgu-cikgu semua dia seluruh dunia terutama cikgu-cikgu yang pernah mengajar Alin. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sayang cikgu selamanya, terima kasih cikgu!"

XOX: Sayang cikgu sangat-sangat.


Saturday 12 May 2012

Happy Momma's Day

Assalammualaikum bloggers. Jawab salam tu...

Happy Momma's Day to every mothers in this world especially to my mom. I love you so mucchhhhh. Semoga panjang umur, murah rezeki. InsyaAllah


You're the best, mom :')




Kecik-kecik dulu ma peluk, dukung Alin...




Dah besar ni Alin pulak peluk mak ye.





Thank you mom for everything. I love you no matter what happens. You're the best!





 XOXO: "Mothers hold their child's hand for a moment and their heart for a lifetime"





Friday 11 May 2012

Baru berapa jam tapi dah rindu...

Assalammualaikum. :(

Urmmm...
...
...

Rasa macam nak tulis-tulis sikit tapi tak tahu nak tulis apa. Tengah tak ada mood sebenarnya sebab gaduh dengan kawan tadi (Tak patut betul kan, ish ish ish). Perkataan yang keluar dalam otak ayat ni je "MAKANAN" dengan "Sorry, Shifa" . Sorry kalau alin ada buat apa-apa salah. Baru je berapa jam bergaduh ni tapi dah rindu. Tak tahulah kenapa dia bad mood tiba-tiba je tadi. Tak tahu lah apa yang salahnya T_T Sedihnya, tak pe- tak pe, nanti pergilah mintak maaf kan ;)
XOXO: Be strong, Alin


Monday 7 May 2012

Bestnya~ Thank you cikgu

Assalammulaikum. annyeonghaseyo bloggers ^^

Letih sangat ni sebab semalam baru je balik dari Seminar Smart Study. Letih-letih pun tetap best. Tahu tak balik pukul berapa?, Alin balik pukul 6 lebih nak dekat pukul 7 malam lah agaknya. Lambatkan. Tu lah letih sangat ni. Thank you cikgu-cikgu sebab bagi banyak nota penting. Senang sikit nak belajar nanti. Tak rugi bayar mahal-mahal. Dekat sekolah tadi siapa yang pergi tu semua bising, letihlah, tak cukup tidurlah. Kesian kitaorang ni kan?...Hehehe


XOXO: Thank you sangat-sangat, cikgu!

I love it

Assalammualaikum...annyeonghaseyo~

Tadi tengok-tengok blog orang lepas tu jumpa ni,

"The moment someone tells you that you're not good enough, is the moment you know you're better than them"
"When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to  smile"








XOXO: I really love it!.

Friday 4 May 2012

Alamak, tapi kenapa???

Assalammualaikum.

Tengah geram ni. Tak lama lagi nak pergi Seminar Smart Study ( Nantikan nak PMR). Sepatutnya 13 May nanti tapi orang tu pergi tukar tarikh pulak jadi lah Ahad ni. Menyusahkanlah. Orang dah lah banyak homework minggu ni dengan kerja khususnya lagilah. Aduuhhh

 
XOXO: Kenapa nak tukar ye?

Teringinnya



Teringinnya nak kasut comel-comel macam ni.

Yang ni memang comel. Comel sangat-sangat~ 






 Yang ni pulak bagus sgt sbb tapak dia tebal. Boleh buat kita tinggi kan kan?











 Seriously, nak yang ni. T_T










XOXO: Comelkan?







Dua-dua ni memang, degil

Assalammualaikum. Hehehee, jawab cepat.

Nak dengar cerita kelakar tak?. Okay-okay, sabar dulu. Hari selasa hari tu kan cuti, so kitaorang satu family ni pergilah picnic di City Park, Seremban 2 tu. Sebelum pergi tu mak dah prepared sandwich, air oren, banyak lagilah. Abang pulak bawak bola, nak main kat sana katanya. When we arrived, tempat pun dah dapat ni, makan lah sekejap minum-minum jugak. Perut pun dah buncit sebab banyak makan. Abang Idam dengan Alang pulak pergi main bola (muntah nanti baru tahu). Si Abang Idamnya pergi sepak bola kuat-kuat, senget pulak tu. Hahaha, yang Alangnya ni tak nak kejar pulak. Tahu tak bola tu pergi mana?. Masuk kat dalam tasik, bola tu pergi kat tengah-tengah tasik tu. Nak ambik tak boleh pulak, takkan lah nak berenang. Semua orang bad mood je. Hahaha, sakit perut gelak bila teringat benda ni. Dah lama sikit dalam 15 minit, bola tu pun pergi kat tepi. Alang pun ambik. Mak kata "Kalau nak main tu, main atas sana. Jauh sikit dengan tasik ni". Dua-dua tu degil tak nak dengar cakap lepas tu masuk dalam tasik lagi. Kitaorang dengar "Eh, ada bolalah kat tasik tu", "Mama, bolalah", "Bola siapa tu?". Lebih kuranglah tu dengan apa yang kitaorang dengar. Rasa nak gelak kuat-kuat je.


XOXO : Tulah dengar cakap mak lain kali. Degil sangat.