Saturday 28 April 2012

Our first kenduri, kecil je. (Part 2)

Assalammualaikum. Haluuuu~

Sambung balik cerita kenduri ni. Kawan Alin datang pulak. Punyalah ramai jemput tapi sorang je yang datang tapi dia bawak adik dia dengan kawan dia yang sekolah lain lah. Yang tak dapat tu semua sibuk-sibuk. tak pe lah kan...

Alah Shifa, segan-segan pulak ye. :D

Ni lah adik Shifa, lupa nama dia. Hehehe, dah tua ni. Disebabkan lupa nama, panggil 'Alang' je lah sebab dia anak ketiga..

Yang ni baru petang tadi kenal. Yeay, dapat kawan baru. Shifa kata nama dia Khairunnisa (Tak tahulah ejanya macam mana, ni main eja je).

THANK YOU DATANG YE.





Our first kenduri, kecil je. (Part 1)

Assalammualaikum. Macam selalulah ye, malas nak type. Kikiki.. Kepada sesiapa yang jawab tu, muaaahhh!

Sambil tengah minum air ni, nak cerita pasal kenduri kecik yang family Alin buat petang tadi. Buat kecik-kecik je. Kitaorang panggil kumpulan org baca Yaasin kat kawasan kitaorang tu baca Yaasin kat rumah. Tetibe nak cakap satu benda..."Yess kenduri dah selesai. Alhamdulillah..."  Hahaha.


Untuk hidangannya, tak de lah banyak sangat. Takut membazir pulak.

Hidangan utamanya Mee Jawa, sedap sangat. Terlupa pulak nak ambil gambar kuahnya. Sekarang ni dah habis dah. Hahaha


 Ni kuih-kuih pulak, sebenarnya ada lagi. Alin order dekat Zu, kawan Alin. Mak dia pandai buat kuih. Order Puding Nyonya dengan Apam Ice-cream. Nyum nyum sedap.

Mak kata nanti kalau buat Mee Jawa je mesti tak cukup. So, buatlah kuey teow goreng ni.


Hello... Tengah tunggu orang nak datang. Lambatnya...


This is me wearing purple in the middle of my living room.


Si Jepun! Adik saudara Alin, Ayuni. Comelkan dia.


Banyak selipar, kasut-kasut ni. Kalau ada yang jahat pergi curik lepas tu jual memang kaya. Hahaha.


Ni Abang Ayuni jepun tadi, namanya Adib. Ya Allah, nakal (tak de nakal sangat-sangat) tapi tetap manja.

Dah selesai, tengah tunggu nak bagi paperbag warna pink. Kikiki...

Waktu makan pulak. Mak cik depan tu baca doa makan, Alin pun joinlah sambil tadah tangan sebelah. Aminkan je. Hahaha. ingatkan nak join makan sekali tapi makan kuih-kuih jelah.


I love this picture. Nampak slim kan? kan?. Hehehe, mengaku ni sebenarnya gemuk.

Tunggu dulu~ Alamak dah balik dah.

Aik, ada lagi yang tak balik ke???. Ada...2 orang je.


Look at my nose not my eyes. Just focus to my nose only yang bulat tu. Nampak tak tu?, merah. Merah dan gatal-gatal sebab banyak makan daging dalam Mee Jawa tu. Tak tahulah kenapa tapi bila banyak makan daging atau udang mesti hidung gatal-gatal. Harapnya bukan allergic lah.









Jom buat Mash Potato

Assalammualaikum. Jangan lupa jawab salam sebab kalau jawab, kita sayang ^^

Nak cerita pasal Mash Potato yang kita buat dengan kakak kita hari tu. Sedap sangat (jealous tak?!) Kikikiki... Sebenarnya sebelum tu kitaorang nak pergi Tesco. So, akak stop sekejap nak isik minyak. Dekat Petronas tu pulak ade jual Mash Potato, akak pun belikan yang BBQ punya. Sedap sangat-sangatlah. Keesokannya pulak teringin, tu lah yang buat ni. Kebetulan jadi pulak, tak sangka. :P (Berbangga ni...Cehhh)

Ni lah Mash potato tu. Nampak sedap tak? (Tak....) tapi sedap tau. Maaf ye sebab periuk kecil tu comot sana comot sini. pendek kata semua comot.


Tengok! Yang ni pun comot tapi tak pe, yang penting sedap. Kan kan???

Kalau dah terliur tengok gambar makanan-makanan ni pergilah makan tapi jangan lupa try buat tau. Pasal resipi tu, janganlah risau. Carik je dekat internet ni, ada banyak. Semoga dapat yang sedap jugak~!




Tuesday 24 April 2012

Macam mana nak PMR nanti?

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, ujian bulanan 2 dah selesai. Tapi kan result semua teruk-teruk, menurun je. Tak de pun yang menaik. Sedihnya. Math yang paling teruk ni. Dapat D, percaya tak?. Sebelum dapat result tu memang dah menangis sebab tahu mesti result teruk. Ada banyak yang tak sempat nak jawab. Nak kata tak study, kita studylah. Siap datang sekolah awal sebab nak study dengan kawan-kawan. Mungkin tak cukup lagi agaknya. So, mid-year exam dah dekat. Dengar kata, 2 minggu lagi, cepat betul. Kenalah study dari sekarang kan...(*Malasnya) Fikir pasal PMR, takutnya. Takut dapat result yang teruk jugak. InsyaAllah tak kan, kan?.

 
XOXO : Study Smart tau, bukan study hard~!

Wednesday 18 April 2012

Gambar dah masuk fb!

Assalammualaikum bloggers...

Tadi kita pergi check fb kak Ain Maisarah. Gambar dah ada. Segannya. Tergelak-gelak tadi bila tengok gambar sendiri.

Ni gambarnya :



Perbezaan kulit yang sangat ketara... Ehehehe...Tengok buku tu, macam kosong je. Sebenarnya ada autograph dia. Tak nampak sangat.




Ni kawan kita, Dayah (kiri) dengan Hajar (kanan). Muka bangga masing-masing. Cuba tengok kertas tu pun macam kosong.



Yang ni kawan kita jugak, Shifa dengan adik dia. Teka mana satu yang adik?. Hehehe, kiri tu adik. kawan kita kat kanan tu.


XOXO: Putihnya kak Ain Misarah. :)


Tuesday 17 April 2012

Esok je lagi. Esok~!

Assalammualaikum lagi sekali. Jawab salam tu, jangan malas-malas. -_-'

Mesti nak tahukan apa yang esoknya. Exam esok~ Tidakkkkk!!!
Bertenang-bertenang. Exam kali ni masuk senang-senang je cikgu cakap. Harapnya macam tu lah. So, dah tahu esok Exam ni, study hard lah ye. Eh, jangan-jangan. Study smart, kalau study hard nanti letih pulak kan?. okaylah, bye-bye readers. Jari ni dah menjerit-jerit nk berhenti. Kesian~

XOXO: Ujian 1 dapat nomor 2, ujian dua pulak?... Mestilah nak nombor 1. :)

We love you Ain Maisarah

Assalammualaikum. Annyeonghaseyo everyone.


Tadahhh~ Ain Maisarah datang sekolah kita tadi. Comel je, suara kecik macam 'doraemon'.
Ain Maisarah??? Siapa dia???

Ni lah Ain Maisarah. Alahhh, Ain Maisarah yang novelis terkenal tu.. yang tulis novel "Aku Mahu Popular" dgn lain-lain tu. Hmm, kenal pun :D

Cantik sangat kak Ain Maisarah ni, sopan je orangnya. The most important thing is, i've got her autograph. Dekat tepi tu dia tulis 'Love Haslinda, Good luck'. Siap lukis smiley. Hehehe, rasa bangga je dia tulis nama kita. Bahagia je, tersenyum sepanjang masa. Sambil tu ada jugak tangkap gambar dengan dia, segan betul. Dah lah tudung senget-benget ni. Dia kata nak masukkan dekat fb. Malu, hahaha. Dia tanya "Nama siapa?", "Umurnya berapa ni?". Hehehe, bangga pulak sampai nak cerita detail sangat. Aduuhhh~ Sebenarnya, novel dia 1 pun tak ada. Biar tak ada novel dia asalkan kita tahu cerita dalam novel tu. Cehhh, melebih-lebih pulak dah. Kikikikikiki...Akak kata rugi je kalau beli sebab nanti baca sekali je. So, kita selalu lah pinjam novel kawan-kawan.

XOXO: I love you kak Ain Maisarah.




Tuesday 10 April 2012

Hello kitty Forever

Assalamualaikum. Meow~ Meow~


Hari ni nak cerita pasal kakak kita. Akak kita tu obses sangat dengan Hello Kitty. Sangat-sangat obses. Dalam kereta dia semua benda Hello Kitty. Bila pergi mana-mana, Hello Kitty kecik-kecik pun dia nampak. Jauh mana pun nampak. Annoying jugak kadang-kadang. Hehehe.


Hee~ This is my lovely hello kitty sister ^_^ Namanya Hasdayanti Hanim. Cuba tengok, muka pun dah macam Hello Kitty.

Dia kata bila dah kahwin pun nak rumah banyak Hello Kitty. Bilik, dapur, living room, bathroom, semuanya nak Hello Kitty. Aishh~ Bila bersalin pun nak bersalin dekat hospital Hello Kitty. Bila nak melancong pun nak naik airplane Hello Kitty. -_-'

Boleh percaya tak ada hospital Hello Kitty?. Kalau tak, tengok ni bawah ni...




Untung betul orang yang bersalin kat situ. Hahaha. hospital ni dekat Yuanlin, Taiwan. Kalau tak silap kita lah, hospital Sanrio yang support. Mestilah, Sanrio kan memang Hello Kitty. kalau nak shopping Hello Kitty ni, pergi kat sanrio je (Sanrio shop tu tak tahulah dekat mana tapi yang online punya tahulah, click sini). Banyak barang comel. :)

XOXO: Hello Kitty memang comel




Wednesday 4 April 2012

Almost on the top.

Asslammualaikum. Annyeonghaseyo chingu...


Ujian bulanan 1 dah selesai. Resultnya pun dah dapat. Kita dapat nombor dua, Alhamdulillah~ Dayah dapat nombor empat, Hajar nombor sepuluh. Puteri punya secret, dia tak bagi kita cakap kat orang lain. Hehehe. Kita dapat 7A 4B (ni teras campur yang tak teras. Kalau teras je kita dapt 5A 3B. Kedudukan dalam tingkatan pulak dapat nombor tiga puluh daripada empat ratus dua puluh enam orang, kira okaylah tu kan?. Minggu depan lagi minggu depan ujian bulanan dua. cepat betul kan?. Takut pulak. harap dapat nombor satu pulak. InsyaAllah~ Doa-doa kan lah ye. Ha, nanti terlupa pulak, tahniah dekat kawan-kawan sebab result power-power. :D