Wednesday 19 December 2012

Art + Creativity = Doodling

Assalammualaikum. Jawab salam tu :)
 
Mood tak berapa okay ni sebab result PMR baru keluar petang tadi, agak mengecewakan jugaklah sebab beria-ria target nak dapat 8A tapi.......Alhamdulillah jugaklah. Lupakan sekejap pasal result tu, kita cerita pasal apa benda 'doodling' ni. Mula-mula tak tahu pun apa benda alah 'doodling' tu. Hari tu terbaca dekat Sue Anna Joe punya blog, dia buat dooling, cantik sangat. Barulah faham, rupa-rupanya jenis lukisan yang Alin memang suka tu nama dia doodling. Sejak terjumpa kat blog tulah yang rajin sangat nak melukis balik. Dah lama jugak tak melukis, daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 3 ni ha. Nak tengok sesuatu tak? nak tak?


Tadaaa....


Mula-mula try lukis macam nilah, comot sikit.
 

Percubaan kedua, yang ni adalah curik idea sikit dekat google. Sikit je tau :D
 

Dan yang nilah lukisan yang terakhir dilukis oleh 'pelukis terkenal' ni (*Perasan je). Tak ingatlah waktu umur berapa, rasanya darjah 6 ataupun tingkatan 1. Lebih kurang macam tulah.

Kalau dalam family, yang betul-betul minat melukis ni Abah, Alin dengan abang Alin yang keempat tu, Abang Idam. Maknanya, kitaorang ni ikut Abahlah, mewarisilah konon. Hehehe. Alin dengan abang share sketch book sebab takut lambat habis buku tu kalau beli sendiri-sendiri punya, macam membazir je. Nak melukis ni mesti ada mood tapi kalau ada mood, tak de idea tak guna jugakkan. Idea tu dahlah lambat datang. Tu yang terpaksa share sketch book sebab masing-masing jarang guna. Harap dah besar nanti boleh jadi orang yang agak terkenal jugaklah dengan lukisan-lukisan. Tu bukan cita-cita betul tau, cita-cita betulnya nak jadi photographer. InsyaAllah.....


XOXO: Nanti InsyaAllah Alin lukis lagi.

 

Monday 17 December 2012

Mood berangan nak pergi tempat sejuk.

Assalammualaikum.
 
Sepanjang cuti ni kalau tak keluar, mesti tengok cerita Korea je lah. Sampai mak marah sebab asyik tengok je, dah tengah malam pun tak pandai nak pergi tidur. Hikhikhik, tiba-tiba rasa rindu sangat nak tengok pulak. Memang dah lama pun tak tengok drama atau movie Korea ni, baru-baru ni ada mood nak tengok. Tengok diaorang punya pakaian comel-comel je, lebih-lebih lagi bila musim sejukkan. Geramnyehhh. Teringin jugak nak pakai macm tu tapi cuaca kat Malaysia ni mana ada sejuk. Sebab tulah beria-ria berangan nak pergi Korea waktu musim sejuk kat sana nanti tapi nampaknya memang tak bolehlah sebab Malaysia ni pun belum habis melancong lagi ni kan nak pergi luar negara. Haisshhh. Dekat sekolah siap plan dengan kawan-kawan, bila dah besar sebelum kahwin nanti nak pergi Korea sama-sama. Hahaha, agaknya dapat ke tak?. InsyaAllah lah kan.
 
 
 
 Jeng...jeng...jeng...
 
 
 Comel kan...Geram nihhhh!
 
 Cute, cute, cute..................................
 
Warna-warni, arghhh comel. Teringin betul nak pakai.
 
Memang dah lama minat baju comel-comel, warna terang-terang tapi baru sekarang ni yang terasa minat bersungguh-sungguh. Orang kata 'obses'. Haha. Memang baguskan musim sejuk sebab aurat tertutup sambil dapat pakai comel-comel ni. Hehehe. Kalau tak dapat pergi Korea pun, tempat lain yang sejuk pun ada kan ;)
 
XOXO: Geram tak? geram tak???
 
 
 

Wednesday 12 December 2012

Sakit gusi :(

Assalammualaikum.
 
Dah pukul 10 lebih dah ni, malas nak tidur awal. Hehehe. Sakitnya gusi ni :( Dah 3 hari bengkak. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab asyik minum air sejuk dengan makan ais agaknya. Nak pergi klinik malas pulak. Haishh...
 
Sakitnya :'(

Friday 7 December 2012

Mustache Jewelery

Assalammualaikum...
 
Pernah dengar tak pasal mustache jewelery?. Alah, barang-barang kemas yang bentuk misai tu. Mustache jewelery dah jadi trend sekarang, agak famouslah. Comel sangat-sangat. Siapa kata perempuan tak boleh ada misai? Hahaha. Ada orang dah jadi obses dengan mustache jewelery ni. Faham-faham jelah siapa orang tu kan -_- Hehehe. Rantai ada, earings pun ada, macam-macam lagilah. Nak sangat beli tapi tak tahu nak beli kat mana. Setakat ni tak pernah jumpa lagi, kalau dah jumpa memang tersengih sorang-soranglah agaknya. Hohoho. Dekat online shop memanglah banyak tapi lecehlah, baik beli terus macam biasa je kan. Banyak jenis ada kat dalam online shop, yang pearlnya lah, warna-warnilah. Geram-geram tengok.
 
Gerammmmm....

Yang ni cantik sangat tapi Alin tak boleh pakailah sebab ada allergic teruk kat bahagian telinga. :(

 Untung orang yang pakai tu. -_-'
Cute, cute, cute!
 
Tadi Abang datang sini, dia kata pelik betul benda ni. Haha.