Wednesday 28 December 2011

Rindu Nak Jadi Budak-Budak

Assalammualaikum w.b.t. n annyeonghaseyo friends...

Tiba-tiba rindu sgt nak main masak-masak, nak jadi ibu kpd teddy bear-teddy bear, nak pergi shopping tipu-tipu (* guna duit yg dibuat sendiri drpd kertas). Hahaha... Lama betul tak main. Kadang-kadang bila balik kampung , adik saudara ajak main masak-masak. Alin pun apa lagi, mesti lah nak... Hehe, rindu zaman kanak-kanak dulu. Nak share sikit ni, tengok di bawah :

Banyak tak mainan kami?...Hehehe. Tu semua mainan Alin dulu tapi bila dah besar ni, mak suruh bagi adik saudara. Nak buang rasa rugi pulak sebab semua okay lagi, tak elok membazir.

Tgk muka Alin, excited betul. Jom kita potong daun ni~ (sebenarnya daun pokok bunga kertas dekat belakang tu)

Kalau dah boring main permainan perempuan, kita bersukan lah pulak. Such as golf

Ni adik saudara saya. Nama dia sama yang macam pemain golf profesional tu, Tiger Woods tapi ada kelainan sikit lah sebab yang ni 'Adib Woods'. Hahaha





Friday 23 December 2011

Let's go to Pulau Pinang.

Assalammualaikum w.b.t. n annyeonghaseyo.

Alin nak cerita ni, sebelum cuti sekolah hari tu Alin ada pergi lawatan ke Pulau Pinang. Alin pergi Bukit Bendera, Kilang Coklat (Yum yum), Batu Feringgi, Bangunan Bersejarah Inggeris, lepas tu naik ferri... Hehehe, alin ni pernah sekali je naik ferri, sedihkan dengarnya. Hah, lupa pulak, Alin ada jugak pergi Penang Street and Pagoda. Yang sedihnya, Alin tak bawak camera. Mak tak bagi, mak kata, " Nanti hilanglah, kau tu dahlah cuai". Kita ni pun, akur je lah. Kawan-kawan lain pun tak bawak camera. Tak best betul.  Pergi sana bukan penat shopping tapi penat berjalan je, cuaca panas. Kat sana Alin asyik berkepit dengan Zu je. Tidur kat hotel pun sebilik dengan Zu, tak nak dengan orang lain. Segan. Kebanyakannya budak tingkatan 1 je yang ikut lawatan ni. Masa dekat Pagoda, banyak orang kat situ tak de adab, main tarik-tarik orang je. Lepas tu paksa orang beli-beli. Alin ngan Zu ikut belakang cikgu je, sebab takut. Hahaha. Alin belikan key-chain je untuk kawan-kawan lain. Tak tahu dah nak beli apa. Pergi kilang coklat pulak, tak beli coklat pun sebab coklat kat situ mahal sangatlah. Yang kecik je dah berpuluh-puluh, nak dekat RM 30 dah. Rasa macam membazir kalau beli, baik beli Cadbury je kan. Yang paling bestnya pergi P.Pinang ni, kitaorang naik 'cable train'. Best tu memanglah best tapi banyak orang, sesak nafas kat dalam tu.

Harap nanti dapat pergi P.Pinang lagi tapi nak pergi dengan family.

The Worst Holiday Ever

Assalammualaikum w.b.t. dan annyeonghaseyo.

Biasanya bila cuti je, 1 family pergi jalan-jalan tapi cuti ni 1 family asyik kat rumah je. Tak keluar mana-mana pun. Boringlah macam ni. Kalau tak nak gi shopping pun, balik lah kampung ke...kan?. Abah ngan lain-lain asyik sibuk kerja je. Sedihnya.

Tak pe lah sabar je.

Sunday 11 December 2011

Malu sangat-sangat.

Assalammualaikum w.b.t. dan annyeonghaaseyo.



Malam khamis lepas, mak n abah pergi surau. Mcm biasalah tiap-tiap malam khamis ada ceramah kat surau tempat tinggal saya ni. Waktu mak n abah balik, abah bunyikan horn kereta.Tak pernah-pernah buat macam tu, macam ada benda just happened je. Kak Icha pun keluarlah, pergi tengok.

Lepas tu dengar abah kata pergi tolong mak tu. Saya rasa tak sedap hati je, so saya pun pergi lah keluar. Abah kata "pakai selipar, tolong mak, cepat". Saya pun terfikirlah 'cepat', kenapa pulak, mak pengsan ke tadi?. Air mata dah nak keluar takut apa-apa jadi kat mak kan.

So, saya tanyalah mak, "mak, mak okey tak?". Then my momma answers me, "mak okey je, nape lak?, cepat tolong mk bawak makanan ni. Ada orang sedekah kat surau, mak ngan abah bawaklah balik sikit". Malu je. Ingatkan mak pengsan...Hahaha

Mak, take care tau. Alin sedih kalau mak sakit. Love u.
Bye-bye.


New family members in the house yaw~

Assalammualaikum w.b.t. dan annyeonghaseyo.



Hari tu (tak ingat hari apa), my abang bawak kucing baru. Kucing warna oren-oren, dua ekor pulak tu. Comel sangat. Sorang tu aktif walau pun perut bulat, dia suka buat muka terkejut. Sorang lagi kesian dia, ekor dia bengkok sikit tak lurus, dia ni pemalu-pemalu.

Yg perut bulat tu, kitaorang (me and my other brother) namakan 'Garfield'
sebab perut dia yg bulat tu lah macam cartoon Garfield. Yg malu-malu tu nama dia 'Puss' sebab comel mcm Puss In Boots.

Tapi semalam, lagi semalam, Puss hilang. Isk...isk...memang sedih (alamak hingus terkeluar pulak). Akak Icha lepaskan dia dari sangkar sebab nak main dengan dia tapi dia lari pulak. Carik-carik tak jumpa. Kesian dia entah mana dia pergi. Agaknya dia dah makan ke belum?. Isk...isk...

Harap Puss baliklah nanti. Kesian kat Garfield di jadi murung. Okeylah jari ni dah penat.
Bye-bye.



Wednesday 7 December 2011